Tuesday, February 17, 2009

Alhamdulillah dan Hasil Berkerja

kita perlu bersyukur kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana Allah telah membentangkan bumi seluasnya. Sistem solar yang ditetapkan oleh Allah amat sempurna kerana terhasilnya pertukaran siang dan malam hasil dari pusingan orbit bumi mengelilingi matahari. Selain itu, graviti bumi juga sesuai dengan kehidupan di atasnya. Sebagai salah satu makhluk Allah dan kalifah di bumi,kita patut bersyukur kepada Allah kerana ditugaskan untuk memakmurkan bumi.

Allah telah berkata"daripada tanah telah Aku cipta kamu,dan kepada tanahlah akan kamu kembali,dan daripada tanahlah akan Aku hasilkan kamu semula"surah Ta-ha(20):55



Tajuk seterusnya adalah kerja yang berpendapatan. Ada satu kisah yang mengatakan bahawa dengan berusaha, hasil akan bertambah berlipat kali ganda. Ketika zaman rasulullah, terdapat seorang fakir datang meminta2 kepada nabi. namun nabi tidak memberinya apa2 tetapi mengambil barang fakir tersebut lalu dilelong dengan harga yang murah. Setelah dijual, nabi memberi hasil jualan itu kepada fakir tersebut dan menyuruhnya membeli makanan dan barangan menjual yang lain. Selepas beberapa hari, didapati lelaki tersebut kembali dengan hasil 3 kali ganda jualan. Kesimpulannya, bekerja adalah lebih baik dari meminta. insyallah dengan keikhlasan dan ketekunan kita akan mendapat hasil yang sepatutnya

"barang siapa melakukan kebaikan dia akan mendapat keuntungan.tapi barang siapa melakukan kejahatan dirinya akan mendapat balasan.Di akhir hari semuanya akan dilihat oleh Allah"Al-jathiya(45):15

No comments: