Matapelajaran kali ini adalah mengenai ketetapan hukum2 Allah. Terdapat bencana alam seperti tsunami di indonesia yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana setiap perkara yang berlaku di dunia ini tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi menurut hukum Allah. Hukum Allah ini sebenarnya adalah undang2 yang umum dan jalan Allah terhadap perhubungan manusia dan fenomena alam. Di samping itu, hukum2 ini adalah tetap selama lamanya sampai hari kiamat. Untuk mengetahui mengenai hukum2 ini, kita boleh merujuk kitab2 Allah dan sunnah2 nabi. Selain itu, kita juga digalakkan untuk berfikir, berexperiment, melihat dan mendengar tentang kejadian alam.
"undang undang Allah telah ditetapkan kepada orang yang hidup sekian lama,tidak akan kamu lihat perubahan dalam undang undang Allah"Al-Ahzab(33):62
Penggunaan perkataan "hu" dan "haa" boleh digunakan sebagai rujukan kepada subjek apabila menjawab soalan mengenai "man (siapa)". Contoh; "man akalal'inabi?" "akalahulthiflu"'Inabi bermaksud anggur dan "hu" pada jawapan merujuk kepada anggur tersebut.
Pelajaran seterusnya lebih specific lagi iaitu hukum2 Allah di alam ini. Segala makhluk di alam ini seperti tumbuh-tumbuhan, laut, angin, bulan dan bintang, haiwan, manusia, serta jirim2 patuh kepada hukum2 Allah. Hal ini terbukti melalui fenomena peralihan siang dan malam. Siang tidak akan mendahului malam dan malam tidak akan mendahului siang.Ledakan gunung berapi. Planet2 beredar mengikut orbit masing2 supaya perlanggaran planet tidak akan berlaku.Semua ini telah ditetapkan oleh Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment