tajuk pertama ialah ketetapan hukum Allah dalam kehidupan. Setiap amalan dan ibadat yang kita lakukan adalah "sunnatullah". Perkara2 seperti kebahagiaan, kesusahan, mulia dan hina, miskin dan kaya, dan sebagainya tidak berlaku tanpa sebab dan secara tiba2. Semuanya mengikut ketentuan Allah. Namun begitu, kita seharusnya sentiasa mencari petunjuk bagi memperoleh kehidupan yang baik dan bukan putus harapan dengannya. Jika kita tinggalkan petunjuk Allah maka susah kita di dunia dan akhirat.
"barang siapa berlaku baik lelaki atau perempuan dan mempunyai kepercayaan maka kita akan memberikan hidup yang baru dan suci,dan Kita akan memberikan ganjaran setimpalnya"An-nahl(16):97
Tajuk seterusnya adalah berkenaan tentang nikmat Allah. Sesungguhnya, nikmat Allah itu tiada batasnya. Melihat kepada alam ini sahaja seperti udara yang bersih yang menjamin asas kesihatan manusia. Selain itu, alam ini juga dijadikan tempat sujud yang bersih agar selesa para hambanya untuk tunduk serta sujud kepadaNya.Allah telah menjadikan bumi ini sebuah masjid yang perlu kitda diwajibkan bersyukur. Oleh yang demikian, kita wajib mensyukuri nikmat Allah.Jika tidak azab yang dikenekan adalah sangat teruk
"jadi makanlah daripada yang baik dan yang telah disediakan oleh Allah,dan berterima kasihlah kepada Allah jika Dialah yang kamu sembah"An-Nahl(16):114
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment