Wednesday, February 18, 2009

merosakan alam sekitar dan menjaga alam sekitar

Kerosakan alam sekitar. Tajuk ini merupakan sebuah tajuk yang berlawanan dengan tajuk sebelum ini. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Allah mencipta alam ini sebaik-baiknya. Namun kerosakan bumi pada hari ini adalah disebabkan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, asap2 kilang serta kereta telah mencemarkan udara. Sampah sarap dibuang merata-rata sehingga mencemar sumber air.

"perkara buruk yang terjadi di darat dan laut kerana apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia(oleh perbuatan jahat),Allah akan membuatkan mereka rasa apa yang telah mereka lakukan supaya mereka berubah(jadi baik)"Ar-Rum(30):41

*"laita" dan "laa'lla" bermaksud semoga. Bezanya adalah "laita" digunakan untuk perkara yang mustahil dan "laa'lla" untuk perkara yang mungkin

Tajuk pada kali ini adalah penjagaan alam sekitar. Isi kandungan tajuk ini adalah lebih kurang sama dengan tajuk sebelumnya. Ia merupakan perbualan antara Yusuf dan Zakaria di mana mereka menyatakan bahawa walaupun bandar itu cantik namun udaranya tercemar sehingga sukar untuk manusia bernafas. Ia adalah disebabkan oleh pembakaran hutan,pelepasan asap serta pembuangan sampah dan sisa bahan kimia oleh kereta dan kilang kilang. Mereka berharap agar akan ada kesedaran dalam setiap diri manusia untuk menjaga alam sekitar.kita wajib memelihara alam persekitaran yang dikurniakan keatas kita oleh Allah

An-Nahl(16):112

No comments: